Surau Al-Ikhwan :
Home » » MELIHAT MAKAM RASULULLAH (SAW) DI RAUDHAH

MELIHAT MAKAM RASULULLAH (SAW) DI RAUDHAH

Jumaat, 16 November 2012 | 1ulasan





ADAKAH INI MAKAM RASULULLAH?


Malam ini kita menyambut bulan Muharram.
Usia kian meningkat.
Jadi, malam ini Yong tak ngomel pasal politik.
Yong ingin berhijrah - 
Dari yang buruk kepada yang baik,
Dari yang baik kepada lebih baik,
InsyaAllah.

Teringat kisah pengalaman ketika menunaikan fardhu Haji.

Yong ikut abang dan kakak ipar pergi menunaikan haji secara muassasah. Kata abang, ikut cara manapun yang penting niat. Sejak ayah meninggal dunia ketika usia Yong masih belasan tahun, abang jadi ketua keluarga. Jadi adik-adik ikut cakap dia sampai sekarang. InsyaAllah semua baik-baik sahaja.

Alhamdulillah. Semua baik-baik sahaja. Keme buat Haji Ifrad. Selesai kerja baru ziarah ke Madinah. 

Yong memang sangat teruja untuk ke Madinah dan solat sunat serta berdoa di rumah Rasulullah (Raudhah).

Tapi Yong cukup jeles dengan abang Yong. 

Entah kenapa orang-orang Arab di masjid Nabawi sangat suka dengan abang Yong.

Abang dapat bersolat di Raudhah, rumah Rasulullah. Yong dan kakak ipar solat di masjid sahaja. Bukan itu sahaja, abang sentiasa duduk dan solat/wirid/zikir di Raudhah.

Abang menceritakan pada suatu petang, seperti biasa dia wirid di Raudhah sementara menunggu Maghrib. Seorang pemuda Arab sedang duduk melepak. Sebelah kakinya berlunjur. Ketika hampir waktu maghrib, beberapa orang Pakistan masuk beramai-ramai. Mereka terus menolak orang-orang yang duduk di situ, sehingga ada yang terpaksa keluar dari kawasan Raudhah. Abang sudah tersepit. Jika berdiri dia tiada ruang untuk ruku'. 

Pemuda Arab itu buat tak tahu sahaja dan tidak berganjak. Seorang Pakistan yang macam ketua gerombolan marah dan menyuruh pemuda Arab itu pergi. Terjadi sedikit perbalahan, macam itik dengan ayam ler. Bila kedengaran azan, pemuda itu bangun dan menyuruh abang mengambil tempatnya. Sambil keluar dia menuding jari kepada ketua Pakistan itu dan berkata lebih kurang begini, "Anta ghabi!'

Lepas itu dia senyum pada abang dan keluar.

Tidak pulak pemuda Arab itu ikut berjemaah dengan orang lain di situ.

Sehari lepas itu, ketika penjaga makam (orang Arab) membuka pintu makam Rasulullah, abang diajak ikut sama. MasyaAllah! Bertuahnya abang! Kata abang ada beberapa orang Melayu turut sama masuk. 

Abang tak suka bawa HP. Ketika menunaikan fardhu Haji kami tidak membawa kamera atau HP kamera kerana niat untuk pergi melaksanakan Haji, bukan melancong.

Abang bercerita macam mana keadaan di sebalik gate makam Rasulullah, tetapi entah macam mana Yong tak dapat menulisnya.

Astaghfirullah!!
Share this article :

1 ulasan:

  1. salam yong,
    jangan le teghenti gitu aje ceghitenye! sambung lagi semban mike tu! inshaAllah

    BalasPadam

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SURAU AL-IKHWAN - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger